Lantai adalah bahagian yang sangat penting dalam rumah. Kini, ramai yang membina rumah dengan memasang jubin kerana ia mudah dibersihkan malah sangat kukuh berbanding lantai papan.
Kos memasang lantai jubin juga sangat berbaloi kerana ia boleh tahan selama puluhan tahun. Namun, memasang lantai jubin bukanlah mudah sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul. Akibatnya, lantai akan retak dan sudah pasti ia akan menganggu keselasaan dalam rumah.
Tips kejuruteraan, dekorasi rumah kos rendah, rekabentuk terkini rumah murah dan cantik. Ilmu kejuruteraan rumah. LIMA Sebab Lantai Jubin Mudah Retak. Baca ulasan ini.
Gambar jubin retak dan merbahaya kepada keselamatan |
Membaiki lantai retak akan menelan kos yang sangat tinggi. Ini kerana, lantai terpaksa dipecahkan di keseluruhan permukaan. Jubin baharu terpaksa dibeli kerana jubin yang retak tidak boleh digunakan semula. Anda juga terpaksa mengupah pekerja. Ini semua akan membelanjakan wang yang cukup banyak.
Oleh itu, bagi mengelak daripada berlakunya lantai retak, ada beberapa punca yang harus diketahui terlebih dahulu.
5 Sebab Lantai Jubin Mudah Retak
- Adunan simen yang tidak berkualiti. Untuk menjadikan lantai jubin dapat dipasang dengan kukuh, adunan simen haruslah betul. Elakkan adanya ruangan kosong simen di bawah tapak jubin. Ruangan kosong itu akan menjadi penyebab lantai jubin mudah retak dan pecah. Pastikan adunan simen padat.
- Jubin tidak direndam terlebih dahulu. Masalah ini khusus pada jubin yang kualitinya rendah.Tujuanya agar jubin mudah melekat pada adunan simen.
- Memasang jubin di tempat tidak sesuai. Jubin tidak sesuai dipasang di permukaan yang tidak sesuai dengan simen seperti kayu dan papan. Secara umumnya, kayu dan simen sukar mendapat cengkaman memandangkan kedua-dua bahan tersebut berbeza sifat fiziknya.
- Lantai jubin menanggung beban yang tinggi. Elakkan memasang jubin sekiranya lantai itu akan digunakan untuk kondisi yang heavy seperti parking lori, mesin dan sebagainya.
- Kesan banjir. Kawasan rumah yang pernah terkena banji akan memberi kesan kepada ketahanan lantai jubin. Tanah yang mendap, lantai rumah boleh susut. Ini pasti akan menyebabkan permukaan jubin tidak stabil dan mengalami keretakan.
Terdapat banyak lagi sebab lantai jubin di rumah kita mengalami keretakkan. Pastikan anda memilih jubin yang berkualiti dan dipasang dengan cara yang betul.
BERKAITAN: Ubahsuai Rumah Dengan Kos Murah
Goblok
BalasPadamLol
Padam