Ahad, 20 Ogos 2017

Ubahsuai rumah termurah

Salam warga maya,

Saya ingin kongsikan pengalaman ubahsuai rumah yang agak murah. Untuk makluman, rumah ini adalah rumah saya sendiri jenis double storey (second hand je). Ubahsuai tingkat bawah ni biasanya mengambil kos lebih kurang 1/3 daripada kos ubahsuai melibatkan tingkat atas bagi keluasan yang sama. Contohnya keluasan nak extend tu dalam 20'x20' dalam RM100k maka kos ubahsuai tingkat bawah saja dalam RM30k. Sebelum tu saya ingin kongsikan tips anggaran harga ubahsuai rumah terlebih dahulu seperti di berikut:

Keluasan ubahsuai:

Keluasan adalah aspek penting sekiranya anda ingin mengubahsuai rumah. Ia akan menentukan kos secara kasar. Tetapi kos dengan lebih tepat bergantung kepada kontraktor yang akan melakukan kerja tersebut.

Lokasi rumah:

Sekiranya rumah anda terletak di pekan atau bandar kos akan lebih murah kerana bekalan material yang dekat dan banyak pilihan. Serta kos penghantaran yang percuma.

Survey pengalaman orang lain:

Menjadi kebiasaan kita akan bertanya kepada kawan2 untuk rekemenkan kontraktor yang murah dgn kerja yang puas hati. Ya, sgt penting untuk mengelakkan kerugian di kemudian hari.

Material:

Untuk lebih murah, bahan binaan atau keperluan berkaitan biarlah kita yang uruskan bergantung kpd masa bekerja anda. Sekiranya agak sibuk, maka urusan ini akan dibuat oleh kontraktor dan sdh tentu kos akan menjadi mahal.

Memilih kontraktor:

Untuk lebih jimat, jangan terus kepada kontraktor, cari tukang kontraktor tersebut sbb yang akan melakukan segala kerja adalah tukang dan bos hanya mengurus keperluan bahan. Kdg2, terdpt kontraktor yg lepas tgn, sub kan semua kerja tersebut kepada tukang dan hanya mengambil untung. Mungkin si bos byk projek nak jaga hehe.

Tempoh siap:

Anda berhasrat nak duduk rumah dgn cpt? Benarkan pekerja tdr di rmh yang diubahsuai tersebut. Ini akan mempercepatkan kerja harian mereka.

Okey, yang ditunggu2 bagaimana saya dapat berjimat kos ubahsuai rumah dengan kos serendah RM19k untuk keluasan 21'x19' termasuk pindah tandas?

Pertama sekali tukang adalah kenalan saya sendiri dari kampung dan yang kedua adalah semua tips di atas:

Berikut adalah photo ubahsuai rumah:

1. Plan untuk panduan tukang je
2. Kawasan belakang rmh yg nak extend
3. Lepas order dn byr kat hardware bg alamat drg akan htr material
4. Proses meroboh dinding struktur asal
5. Sori, x jumpa gbr beam or tiang, tup2 dah dinding. Ini style kg, naik dinding dlu baru la buat roof beam. Jimat kayu.
6. Ini semua tahu kan, utk table top atau istilah kg, meja L.
7. Proses memozek pula
8. Proses tetulang siling pula stelah atap bumbung siap
9. Ini ruang tandas baru ,tandas asal jd stor
10. Tutup dinding ruang tingkap dapur asal
11. Gambar dri luar
12. Siap! Sorry gambar ni selepas pindah, kaler pula pilihan isteri huhu (Kos tak termasuk kabinet tau, tu lain tukang pula)
13. Pandangan bhgn tandas dan pintu blkg.

Setakat disini saja perkongsian saya pada entri kali ini. Ops, kawan saya tu ada di kampung klu ada yang berminat nak upah buat renovasi. Hehe


Tanakampung.




9 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Kwn encik cover kawasan Ampang tak? Boleh sy dptkan phone number dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam, maaf cik, ini kat sabah

      Padam
    2. Jika puan berminat untk kerja renovation rumah blh hubunngi sy 0126029801

      Padam
    3. Renovation n plumbing 0126029801

      Padam
  2. www.wassap.my/60145095988
    untuk renovation rumah

    BalasPadam
  3. Blh hubungi sy untk kerja renovation n plumbing 01260029801

    BalasPadam
  4. Hi, boleh tuan share nombor kawan kontraktor? sa di area tuaran. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. maaf, seperti dalam perkongsian, sya direct tukang, kwn saya dari kota marudu..tips dia direct tukang, dia bos dialah tukang, kalau kontraktor bos ambil untung saja..hehe

      Padam

Tempat Menarik di Sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Sesiapa yang merancang untuk melawat Negeri Sabah negeri di bawah bayu pastinya akan singgah di Kota Kinabalu ibu negeri Sabah. Dan pastinya...