Sabtu, 3 Oktober 2020

Tempat Menarik di Sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Sesiapa yang merancang untuk melawat Negeri Sabah negeri di bawah bayu pastinya akan singgah di Kota Kinabalu ibu negeri Sabah. Dan pastinya anda perlu bersiap sedia dengan tempat-tempat menarik yang akan dilawati. Melainkan anda mempunyai tempoh masa bercuti yang panjang, adalah penting untuk merancang kemana anda hendak kunjungi dengan mengetahui tempat-tempat yang sememangnya menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara di sekitar ibu kota Sabah ini. 

Nak tahu tempat tersebut? Ini adalah senarai tempat-tempat menarik yang menjadi pilihan pengunjung di sekita bandaraya Kota Kinabalu:

1. Pasar Filipina atau dialek tempatan Pasar Pelipin

2. Pasar Malam Gaya Street

3. Gerai Makanan Laut Waterfront

4. Taman Tunku Abdul Rahman (terdiri daripada 5 buah pulau)

5. Signal Hill

6. Atkinson Clock Tower

7. Jesselton Point Waterfront

8. Masjid Terapung Likas

9. Pantai Tanjung Aru

10. Borneo Ant House

11. Menara Tun Musthapa / Yayasan Sabah

12. Lok Kawi Wildlife Park

13. Rumah Terbalik

14. Double Six Monumen

15. Bukil Kokol atau Kokol Hill

16. Perdana Park

17. Cowboy Town Sabandar

18. Muzium Sabah

19. Tuaran Crocodile Farm

20. IMAGO Mall

21. Suria Sabah Mall

Sebenarnya masih terdapat banyak lagi lokasi menarik untuk dikunjungi di sekitar Kota Kinabalu tetapi senarai ni boleh dikatakan lebih menjadi tumpuan pengunjung. Untuk gambar dan lokasi bagi tempat-tempat ini maaf kerana tidak disertakan tetapi saya percaya tuan-tuan tahu bagaimana mencarinya di zaman telefon pintar ini.

sumber & kredit: mai singgah


 

 


 

 

 

 

Rabu, 17 April 2019

Memasang 3D Stickers Wallpaper (DIY)

Perkongsian kali ini adalah bagaimana DIY 3D Stickers Wallpaper di rumah sendiri tanpa membazir kos upah pakar dalam bidang ni..cewahh.

Terpulang kepada pemilik rumah bagaimana untuk melakukan sendiri tanpa perlu buang masa merujuk cara-cara pemasangan kerana bila anda seorang yang agak kreatif tiada masalah akan timbul kerana tidak memerlukan kelengkapan / tools yg byk. Di sini saya kongsikan pengalaman memasang 3D wallpaper di rumah untuk kalian (hehe):

Dengan bantuan shopee kos tak sampai RM100. Saiz pula adalah 50cm x 50cm (3D wall stickers brick PE foam, thickness=6mm).

Berikut adalah perkongsian berserta gambar:

1. Tekan belakang wallpaper mcm ni supaya ketika membuka cover ni gam akan melekat sepenuhnya pada wallpaper.


 2. Untuk memudahkan proses melekat, cover gam belakang wallpaper perlu dibuka seperti dalam gambar terlebih dahulu. Gam ini sangat kuat lekatannya dan bila berlaku kesilapan (melekat senget pada dinding, nak remove balik sangat susah dan jika dipaksa wallpaper akan rosak/koyak seterusnya membazir). So nak lekatkan tu agak-agak seimbang barulah dengan lemah gemalai buka cover gam atas dan bawah, then tumbuk tamparlah permukaan wallpaper supaya bonding dengan permukaan dinding 100% berlaku. Bergantung idea tuan-tuan sendiri, ini hanya perkongsian hehe.

3. Dengan cermat tetapi cepat dan pantas, lekapkan pada dinding untuk setiap keping penuh tanpa melibatkan proses pemotongan terlebih dahulu.

4. Untuk tempat yang tinggi kena pakai tangga bossku.

5. Kalau lihat pada gambar, proses melekat sekeping-sekeping telah siap tetapi lebihan pada bahagian gerbang (access ke dapur tu) perlu potong dengan pisau lah (paling senang dipotong selepas dilekatkan menggunakan pisau).






6. Proses akhir, gunakanlah pisau, gunting, pembaris dan pen (pen xda dalam gambar) untuk memotong wallpaper lebih kecil mengikut saiz tepi dinding tu. Pandai-pandailah tuan-tuan buat ukuran untuk proses ni ya, supaya saiz tu sama seperti yan diperlukan.




7. Siap!!! kalau tuan-tuan tengok warna wallpaper ni berbeza disebabkan order dua kali bossku. Padahal order warna yang sama (warna: Beige) tapi nampak ok sebab warna ni cukup untuk part atas dan bawah.

Sekian.

Jumpa lagi!!!

Tanakampung.















Khamis, 8 Februari 2018

Putus Urat Keting (Achilles Tendon Rupture)

Salam semua,

Pengalaman ketika urat keting putus suatu yang memberi kesedaran kepada saya bahawa hidup bertongkat ni tidak semestinya patah tulang kaki..

Ini berlaku ketika saya sibuk dan aktif bersukan. Tidak cukup bermain ping pong dan gym, futsal seminggu sekali kadang seminggu dua kali. Tapi masa kena pada diri sendiri doktor atau kawan kawan mesti tanya "main badminton ka?". Ya, kecederaan mcm ni biasanya aktif sukan badminton tapi malang tidak berbau wangi atau busuk kan?. Sama saja asalkan sukan.

Pada 10 January 2018, lepas main pingpong selepas waktu kerja (5.15pm - 6.45pm) biasanya masa ni utk elak jem, drp blk jalan jem bagus lagi sukan sambil tunggu jalan jadi lancar sedikit. Rasanya mcm xmain pingpong masa tu sebab nak blk awl ambil kelengkapan futsal (lupa bawa busku). 

So, main macam biasa lawan budak-budak sl1m (skim latihan 1 malaysia). Drg ni memang fit la, lari pun laju nafas kuda. Team kami pula tagap-tagap insom tidak gemuk tidak kurus gitu. Biasalah umur pun kira tua lah daripada pihak lawan.

Baru 18 minit main mcm sy ckp tadi malang tidak berbau wangi atau busuk. Kalau ada bau tu pun kita tak tau itu malang kah atau apakah. 

Ketika merampas bola dri pihak lawan, tiba tiba kaki kiri ku rasa mcm disepak dari belakang dan apa lagi tergolek lah..sakit jo. Kawan tolang pimpin sampai tepi court dan rehat sampai game habis. Jalan tempang terhencot hencot. Kawan pun risau sebab naik motor ja masa tu, tawakal sampai juga rumah.

Besoknya masih ke tempat kerja dan terus ke klinik minta cek. Confirm urat putus. Terus ke hospital pakar hari tu juga masuk wad pun hari tu juga. Esoknya terus minta operate. Doktor pun suggest awal sbb klau lambat dikhuatiri urat tertarik naik dan sukar utk jahit sambung balik.

Nah saya belanja foto:


Mlm selepas kecederaan nampak ada lekuk bengkak


Masa masuk wad kaki bengkak sdh


Selepas dibius separuh badan dan ditidurkan


Nah jahitan jo..ni kulit luar saja..plg penting urat dalam tu pun jahit sambung. Rasa ketat betul kulit


Detik detik berehat di rumah


Minggu ketiga jahitan telah dibuka


Masa ni lebih kurang 1bulan sdh..

Sempat tanya doktor pasal urat yg putus tu. Dia kata kes saya ni jarang sebab yang putus antara muscle dan tendon, biasanya putus antara tendon dan tulang tapak kaki (betul ka sy ckp ni).

Nah kamu yang x tau achiless tendotu yg mana satu:


Utk info, proses pemulihan kecederaan mcm ni biasanya memgambil masa 3 bulan utk berjalan semula tanpa tongkat (tempang) dan 6bulan utk bjalan secara normal.

6 bulan utk boleh bersukan secara sederhana dan 1tahun utk fully recovery. Maknanya urat tu kuat sdh dan sukan pun mcm yg dolo2..

Sekian coretan pengalamanku kali ini. Kukk.

Tanakampung

Sabtu, 23 September 2017

Inilah Gambar-Gambar Dalaman Piramid Maya Yang Dilarang Didedahkan

Tahukah kamu selain piramid di Giza, Mesir terdapat juga piramid daripada tamadun Maya di Amerika Selatan. Ciptaan teknologi kejuruteraan ini masih menjadi misteri sehingga kini. Saintis masih gagal menemui tujuan sebenar piramid-piramid ini wujud melainkan sekadar mitos sahaja.
Lebih memeranjatkan tamadun Maya sebenarnya sudah mempunyai ilmu astronomi jauh lebih maju berbanding Mesopotamia, Empayar Kuno Srivijaya, dan Hindus.

Berikut adalah gambar-gambar yang jarang dilihat oleh kita malah ada antaranya yang tidak didedahkan secara umum kerana para saintis tidak dapat menghuraikan maksudnya.

ilustrasi dalaman Piramid Maya

Peta dalaman Piramid Maya
Menurut mitos terdapat banyak lorong-lorong dalam Piramid Maya yang mengarah ke mata air yang tidak diketahui penghujungnya. Sehingga ia digelar Jalan ke Syurga Maya (The Mayan Heaven Hole)
Saintis masih mengkaji penghujung mata air ini
Kajian terbaru mendapati tamadun Maya juga sudah membina lapangan terbang. Bagaimanakah teori ini dibenarkan? Ikuti kupasan majalah sains dalam pautan di bawah ini.

Isnin, 11 September 2017

5 Sebab Lantai Jubin Mudah Retak

Memiliki sebuah rumah idaman merupakan impian kita semua. Apatah lagi sekiranya kita ada kemampuan untuk mengeluarkan kos sendiri dengan rekabentuk yang diingini.

Lantai adalah bahagian yang sangat penting dalam rumah. Kini, ramai yang membina rumah dengan memasang jubin kerana ia mudah dibersihkan malah sangat kukuh berbanding lantai papan.

Kos memasang lantai jubin juga sangat berbaloi kerana ia boleh tahan selama puluhan tahun. Namun, memasang lantai jubin bukanlah mudah sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul. Akibatnya, lantai akan retak dan sudah pasti ia akan menganggu keselasaan dalam rumah.

Tips kejuruteraan, dekorasi rumah kos rendah, rekabentuk terkini rumah murah dan cantik. Ilmu kejuruteraan rumah. LIMA Sebab Lantai Jubin Mudah Retak. Baca ulasan ini.

Gambar jubin retak dan merbahaya kepada keselamatan

Membaiki lantai retak akan menelan kos yang sangat tinggi. Ini kerana, lantai terpaksa dipecahkan di keseluruhan permukaan. Jubin baharu terpaksa dibeli kerana jubin yang retak tidak boleh digunakan semula. Anda juga terpaksa mengupah pekerja. Ini semua akan membelanjakan wang yang cukup banyak.

Oleh itu, bagi mengelak daripada berlakunya lantai retak, ada beberapa punca yang harus diketahui terlebih dahulu.

5 Sebab Lantai Jubin Mudah Retak
  1. Adunan simen yang tidak berkualiti. Untuk menjadikan lantai jubin dapat dipasang dengan kukuh, adunan simen haruslah betul. Elakkan adanya ruangan kosong simen di bawah tapak jubin. Ruangan kosong itu akan menjadi penyebab lantai jubin mudah retak dan pecah. Pastikan adunan simen padat.
  2. Jubin tidak direndam terlebih dahulu. Masalah ini khusus pada jubin yang kualitinya rendah.Tujuanya agar jubin mudah melekat pada adunan simen.
  3. Memasang jubin di tempat tidak sesuai. Jubin tidak sesuai dipasang di permukaan yang tidak sesuai dengan simen seperti kayu dan papan. Secara umumnya, kayu dan simen sukar mendapat cengkaman memandangkan kedua-dua bahan tersebut berbeza sifat fiziknya.
  4. Lantai jubin menanggung beban yang tinggi. Elakkan memasang jubin sekiranya lantai itu akan digunakan untuk kondisi yang heavy seperti parking lori, mesin dan sebagainya. 
  5. Kesan banjir. Kawasan rumah yang pernah terkena banji akan memberi kesan kepada ketahanan lantai jubin. Tanah yang mendap, lantai rumah boleh susut. Ini pasti akan menyebabkan permukaan jubin tidak stabil dan mengalami keretakan.
Terdapat banyak lagi sebab lantai jubin di rumah kita mengalami keretakkan. Pastikan anda memilih jubin yang berkualiti dan dipasang dengan cara yang betul.

Ahad, 20 Ogos 2017

Ubahsuai rumah termurah

Salam warga maya,

Saya ingin kongsikan pengalaman ubahsuai rumah yang agak murah. Untuk makluman, rumah ini adalah rumah saya sendiri jenis double storey (second hand je). Ubahsuai tingkat bawah ni biasanya mengambil kos lebih kurang 1/3 daripada kos ubahsuai melibatkan tingkat atas bagi keluasan yang sama. Contohnya keluasan nak extend tu dalam 20'x20' dalam RM100k maka kos ubahsuai tingkat bawah saja dalam RM30k. Sebelum tu saya ingin kongsikan tips anggaran harga ubahsuai rumah terlebih dahulu seperti di berikut:

Keluasan ubahsuai:

Keluasan adalah aspek penting sekiranya anda ingin mengubahsuai rumah. Ia akan menentukan kos secara kasar. Tetapi kos dengan lebih tepat bergantung kepada kontraktor yang akan melakukan kerja tersebut.

Lokasi rumah:

Sekiranya rumah anda terletak di pekan atau bandar kos akan lebih murah kerana bekalan material yang dekat dan banyak pilihan. Serta kos penghantaran yang percuma.

Survey pengalaman orang lain:

Menjadi kebiasaan kita akan bertanya kepada kawan2 untuk rekemenkan kontraktor yang murah dgn kerja yang puas hati. Ya, sgt penting untuk mengelakkan kerugian di kemudian hari.

Material:

Untuk lebih murah, bahan binaan atau keperluan berkaitan biarlah kita yang uruskan bergantung kpd masa bekerja anda. Sekiranya agak sibuk, maka urusan ini akan dibuat oleh kontraktor dan sdh tentu kos akan menjadi mahal.

Memilih kontraktor:

Untuk lebih jimat, jangan terus kepada kontraktor, cari tukang kontraktor tersebut sbb yang akan melakukan segala kerja adalah tukang dan bos hanya mengurus keperluan bahan. Kdg2, terdpt kontraktor yg lepas tgn, sub kan semua kerja tersebut kepada tukang dan hanya mengambil untung. Mungkin si bos byk projek nak jaga hehe.

Tempoh siap:

Anda berhasrat nak duduk rumah dgn cpt? Benarkan pekerja tdr di rmh yang diubahsuai tersebut. Ini akan mempercepatkan kerja harian mereka.

Okey, yang ditunggu2 bagaimana saya dapat berjimat kos ubahsuai rumah dengan kos serendah RM19k untuk keluasan 21'x19' termasuk pindah tandas?

Pertama sekali tukang adalah kenalan saya sendiri dari kampung dan yang kedua adalah semua tips di atas:

Berikut adalah photo ubahsuai rumah:

1. Plan untuk panduan tukang je
2. Kawasan belakang rmh yg nak extend
3. Lepas order dn byr kat hardware bg alamat drg akan htr material
4. Proses meroboh dinding struktur asal
5. Sori, x jumpa gbr beam or tiang, tup2 dah dinding. Ini style kg, naik dinding dlu baru la buat roof beam. Jimat kayu.
6. Ini semua tahu kan, utk table top atau istilah kg, meja L.
7. Proses memozek pula
8. Proses tetulang siling pula stelah atap bumbung siap
9. Ini ruang tandas baru ,tandas asal jd stor
10. Tutup dinding ruang tingkap dapur asal
11. Gambar dri luar
12. Siap! Sorry gambar ni selepas pindah, kaler pula pilihan isteri huhu (Kos tak termasuk kabinet tau, tu lain tukang pula)
13. Pandangan bhgn tandas dan pintu blkg.

Setakat disini saja perkongsian saya pada entri kali ini. Ops, kawan saya tu ada di kampung klu ada yang berminat nak upah buat renovasi. Hehe


Tanakampung.




Sabtu, 19 Ogos 2017

Perkongsian

Salam,

Julung kali ini bersua wahai semua warga maya di sini saya ingin buka bicara.

Berdetik rasa terpanggil hati ini memulakan coretan yang masih samar isu kelam idea.

Ingin sekali kukatakan bicara ini biar saja satu gambaran kehidupan dari sisi tertumpu dan menyeluruh.

Bila kita hidup dengan kehidupan yang terbiasa di sini, di mana dan dari mana kita, dan bisa kita terfikir atau memikirkan kehidupan manusia yang sama tujuannya dengan apa yang ada di sekeliling kita.

Sekiranya kita hanya memikirkan hal sekeliling, kerugian menanti anda kelak.


Perkongsian, adalah satu fenomena yang sedang menyerang manusia kini. Tak perlu saya takrifkan bentuk dan bagaimana perkongsian itu berlaku, seputar dunia ini menikmatinya. Ya! Itulah teknologi yang digilai manusia, kita dan malah menjadi sandaran pula.

Saya, si manusia dari sisi hidupku di sini dengan sebuah harapan mengimpikan titik buka bicara ini agar menjadi suatu "permulaan".

Harapan agar saat ini dan hari mendatang akan menjadi suatu detik ceria dan terbaik buat kita sang penghuni bumi Allah swt ini.

Salam buka bicara.

Tanakampung




Tempat Menarik di Sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Sesiapa yang merancang untuk melawat Negeri Sabah negeri di bawah bayu pastinya akan singgah di Kota Kinabalu ibu negeri Sabah. Dan pastinya...